>

Sunday, 23 February 2014

DI MANA JANJI YANG DULU?

Bagi aku lirik lagu ni banyak memberi erti kepada aku. :(

Mengapa hatimu berubah
Setelah diriku mula menyinta
Di mana janji lafaz setia
Yang pernah kau ucapkan dulu
Kekasih...


Semerah api di hatiku
Sepanas kasihku terus membara
Kau siram cinta yang menyala
Hingga kini tiada jejaknya
Oh... bisanya




Kan ku cari cahaya
Menyinari cinta kita
Kau padamkan semua
Sesat dalam kegelapan




Bertahum menanggung rindu
Seabad kasih berpadu
Setiaku tak dihatimu
Di mana janjimu yang dulu


Katamu aku kau rindu
Sehari tidak bertemu
Sedetik cuma berlalu
Hinggaku menjadi keliru
Diam membisu





Wednesday, 19 February 2014

New Chapter

Assalamualaikum

  Setelah sekian lama aku tak menulis blog malam ni dengan kesunyian melanda tetibe datang mood la tulis blog. tak ada apa sangat yang nak share. just nak share tentang permulaan semester baru kali ni. sedar tak sedar aku dah masuk semester keempat. memang rasa cepat sangat tapi orang tak tahu macam mana jerihnya seorang student macam aku nak lalui setiap semester. mungkin orang yang pernah ada dalam situasi aku sekarang akan paham. banyak dugaan cabaran yang aku kena tempuh sampai pada satu tahap aku rasa nak give up tapi mengenang parents dan my future husband to be aku kuatkan semangat. mereka jua yang selalu motivasikan aku bagi semangat. dan mereka jualah sebab kenapa aku masih berdiri di sini sekarang.

  Kata orang hidup umpama roda kadang kat atas kadang kat bawah. tapi bagi aku roda tu bulat tapi kehidupan penuh berliku. untuk sampai kat atas kena tempuh pelbagai onak dan duri. dari mula aku menjejak kaki ke UKM pelbagai rintangan yang aku kena tempuh. hanya Allah yang tahu betapa sukarnya aku untuk berperang dengan diri aku sendiri. berperang agar aku tak mudah tersungkur dek kerana ujian yang mendatang. tapi Allah tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan diri. jadi aku terus bertahan sehingga kini.

 Dan aku masih ada baki 3 semester untuk aku harungi dan 1 semester untuk latihan industri. aku harap aku akan lebih kuat. aku tahu banyak lagi dugaan yang aku kena tempuh. semoga Allah memberkati setiap apa yang aku lakukan. InshaAllah. (^_^)