Assalamualaikum
Ayah dan ibu itulah permulaan kita sehingga kita dapat melihat bulan dan matahari. mereka menjaga kita dengan penuh kasih dan sayang. mendidik tanpa jemu. memberi apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan kita sehingga mengabaikan kepentingan mereka sendiri. betapa besar jasa mereka kepada kita.
Aku amat menyanyangi ibubapa aku. aku ingin membalas jasa mereka yang sememangnya tak akan terbalas hingga akhir hayat aku. abah dan ma aku banyak berkorban untuk memastikan kejayaan aku. mereka sungguh bersusah payah demi memenuhi setiap keperluan aku. baru-baru ni laptop aku rosak. sebagai seorang student laptop adalah nadi. tanpa laptop semua kerja tak dapat dibuat. tapi aku serba salah nak bagitau abah dan ma aku. aku bukanlah dari keluarga yang berada.adik beradik aku ramai. jadi aku tak sampai hati nak bagitau. tapi aku terpaksa.
Dan dengan segala jerih dan susah payah abah aku cuba dapatkan duit dan beli laptop baru untuk aku. betapa aku banyak menyusahkan abah. aku sangat terharu dengan apa yang abah buat untuk aku. aku sedih kerana telah susahkan abah. :'(
Ya Allah berikan kejayaan pada aku. untuk aku balas semua jasa abah dan ma aku. sesungguhnya jasa mereka akan aku kenangan sampai bila-bila. aku amat menyanyangi mereka. kau berikanlah kesejahteraan dan kebahagiaan di dudnia dan di akhirat kepada kedua ibu bapa aku. aminnn.
sekian~



me shafaniey



No comments:
Post a Comment