>

Monday, 23 June 2014

Sebab Apa?

Assalamualaikum

Peritnya hidup bila menagih kasih pada yang tak sudi. Makin lama aku kenal dia makin aku tak paham dia. Dan makin aku jauh dari dia. Aku sendiri tak tahu kenapa dan apa punca. Tapi satu yang aku pasti dia berubah. Aku sabar aku cuba bertahan walau apa yang aku buat sedikit pun tak dihargai. Sebab apa? Sebab "sayang".

Kata orang, sayang orang yang sayangkan kita bukan orang yang kita sayang. Tapi aku terkejar-kejar orang yang aku sayang dan mungkin orang itu tak sayang aku pun. Tapi aku daya aku sebagai seorang wanita? Aku hanya mampu menangis dan berdoa agar Allah titipkan sayang ke dalam hatinya seperti sayang aku pada dia. Walau apa pun terjadi aku tetap akan setia dengan dia. Sebab apa? Sebab "sayang".

Aku butakan mata aku untuk menutup semua kesalahannya. Aku pekakkan telinga aku supaya aku tak dengar apa yang buruk tentang dia. Kadang aku tertanya apa lagi yang dia mahukan? Tak cukup ke apa yang aku lakukan selama ni? Aku korbankan segalanya untuk dia. Sebab apa? Sebab "sayang".

Jadi jangan tanya aku lagi kenapa aku masih bertahan dan terus bertahan. Kerana aku tiada jawapan lain yang dapat aku berikan. Semuanya sebab aku sayang dia. :')

Wednesday, 18 June 2014

SAYANG



Assalamualaikum.

"Sayang". Bila berbicara tentang sayang mesti kita kaitkan dengan keluarga, suami/isteri, kekasih dan sebagainya. Semua orang boleh meluahkan rasa sayang tapi yang membezakannya sama ada ikhlas atau tidak. Ada sesetengah orang berkata saya tak perlu lafaz tak perlu tunjuk yang penting rasa sayang itu ada. Tapi kalau tak luah tak tunjuk macam mana kita nak tahu seseorang itu sayang kita atau tidak? 


"Bait penghargaan penuh kejujuran. Tak mungkin terlihat cinta yang merona. Jika hanya renungan mata yang bersuara"


Bagi aku sendiri, aku sayang keluarga aku. Ma, Abah, Kakak dan adik-adik aku. Aku juga sayang pada dia yang telah 4 tahun bersama aku. Dan aku zahirkan rasa sayang aku dalam setiap doa aku setiap masa. Setiap kali selepas solat aku memohon kepada Allah supaya melindungi mereka. Sebab aku tahu itu sahaja yang mampu aku lakukan. Iya, aku juga sering meluahkan rasa sayang kepada mereka. Sebab bagi aku kenapa tak nak luahkan. Bukankah meluahkan lebih baik daripada pendam sahaja?




InshaAllah sayang aku pada keluarga aku dan dia tak akan pudar. Dan buat dia, aku berharap sayang aku tak akan sia-sia. Aku hanya mampu berdoa selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya.