>

Wednesday, 18 June 2014

SAYANG



Assalamualaikum.

"Sayang". Bila berbicara tentang sayang mesti kita kaitkan dengan keluarga, suami/isteri, kekasih dan sebagainya. Semua orang boleh meluahkan rasa sayang tapi yang membezakannya sama ada ikhlas atau tidak. Ada sesetengah orang berkata saya tak perlu lafaz tak perlu tunjuk yang penting rasa sayang itu ada. Tapi kalau tak luah tak tunjuk macam mana kita nak tahu seseorang itu sayang kita atau tidak? 


"Bait penghargaan penuh kejujuran. Tak mungkin terlihat cinta yang merona. Jika hanya renungan mata yang bersuara"


Bagi aku sendiri, aku sayang keluarga aku. Ma, Abah, Kakak dan adik-adik aku. Aku juga sayang pada dia yang telah 4 tahun bersama aku. Dan aku zahirkan rasa sayang aku dalam setiap doa aku setiap masa. Setiap kali selepas solat aku memohon kepada Allah supaya melindungi mereka. Sebab aku tahu itu sahaja yang mampu aku lakukan. Iya, aku juga sering meluahkan rasa sayang kepada mereka. Sebab bagi aku kenapa tak nak luahkan. Bukankah meluahkan lebih baik daripada pendam sahaja?




InshaAllah sayang aku pada keluarga aku dan dia tak akan pudar. Dan buat dia, aku berharap sayang aku tak akan sia-sia. Aku hanya mampu berdoa selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment