Assalamualaikum ^_^
Diam tak diam hari esok dah mula puasa. Masa berlalu cepat sangat. Tengok dah masuk bulan ramadhan dah. Rasa macam excited sangat nak puasa tahun ni. Alhamdulillah aku masih berkesempatan menyambut ramadhan buat kali ke-20 dalam hidup aku. Dan kali ketiga sambut ramadhan dengan si dia. Syukur alhamdulillah !
Tapi yang sedihnya even dah tiga tahun sambut ramadhan dengan dia, sekali pun tak pernah bukak puasa dengan dia. Disebabkan sibuk dengan hal masing-masing. So tahun ni aku harap ada kesempatan dan masa untuk bukak puasa dengan dia. sekali pun jadi la.
Ramadhan kali ni gak, aku tak dapat puasa kat rumah dengan family. Aiissshh sabar jela. short semester punya pasal terpaksa la aku stay kat kolej and puasa dengan member-member kat sini. Tapi nasib la seminggu nak raya dah dapat cuti. Merasa la jugak puasa dengan family kat rumah. Yang paling penting aku dah beli tiket nak balik raya. Excited sangat. ^^
Kat TV pon dah announce yang kita akan mula puasa pada hari Rabu 10Julai 2013 bersamaan 1Ramadhan 1434H. Harap-harap ramadhan tahun ni dipenuhi dengan keberkatan. Dan aku harap sangat dapat puasa penuh tahun ni. :)
By the way, nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada seluruh umat islam especially kepada family dan "abang" tersayang. ^_^
sekian



me shafaniey



No comments:
Post a Comment