Assalamualaikum
Dalam seminggu dua ni aku tak sempat nak update blog disebabkan menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta. tapi dalam masa itu banyak sangat perkara pahit manis yang berlaku. terlalu banyak !
Dan pada malam ini aku belajar satu perkara iaitu untuk menghargai orang di samping aku. Iye aku menyesal, sangat-sangat menyesal abaikan dia. sedangkan dia yang selalu ada untuk aku tika susah senang aku. aku terleka seketika. Ya Allah bodohnya aku !
Tapi kini aku sedar. Aku sayang dia lebih dari diri aku sendiri. Aku ego selama ini. Kini aku tahu aku tak boleh tanpa dia di sisi aku. Dalam masa seminggu aku cuti aku dapat menilai yang mana baik buruk. Yang paling terkesan bagi aku dia suruh aku berjanji di hadapan iaitu janji jangan tinggalkan dia. Waktu itu aku mula sedar yang aku banyak abaikan dia. Banyak sakitkan hati dia. Aku mula terfikir masih layakkah aku untuk dia sedangkan aku banyak lukakan hati dia.
Aku tahu dia banyak bersabar dengan aku selama ini. Dan untuk itu aku amat bertuah kerana mempunyai orang yang menyanyangi aku seadanya. Tapi apa aku buat? Aku abaikan dia, sakitkan hati dia, tak fikirkan perasaan dia. Apa aku dah buat ni ya Allah. Menyesalnya aku !
Walau apa sekalipun aku bersyukur kerana dia masih setia dengan aku. Sayang aku macam dulu. Dan dengan itu aku sudah tekad, tekad untuk hargai dia seperti dia hargai aku. sayangi dia seperti dia sayangi aku. Aku tak akan abaikan dia lagi. Itu janji aku untuk dia. seandainya dia baca entry ni. Ini kata-kata untuk dia
"abg, ayg mntak maaf. maaf sebab abaikan abg sebelum ini. maaf sebab banyak sakitkn hati abg. ayg syg abg. ayg harapkan relay kita akan berkekalan hngga hjung nyawa. abg da ckap nak kawen umur 24 kan? ayg tggu saat tu. ayg nak ucapkan terima kasih kat abg. terima kasih sbb syg ayg selama ni. terima ksih sebab setia ngn ayg selama ni walau da byk sgt ayg buat kat abg. inshaAllah ayg akan setia ngn abg hngga akhir hayat ayg. ayg syg abg sgt2 !!" :')



me shafaniey



No comments:
Post a Comment