>

Thursday, 20 June 2013

ALLAH LEBIH TAHU


Jodoh, pertemuan, maut dan segala-galanya di tangan Allah. dalam setiap perhubungan pastinya kita akan mengharapkan hubungan itu akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. tapi adakah harapan itu akan menjadi realiti atau fantasi semata-mata? pada aku sendiri memang akan harapkan relay aku dengan si dia akan berkekalan sehingga hubungan kami menjadi halal. tapi aku sering tertanya-tanya, adakah betul jodoh aku dengan dia? 

Mendengar kisah yang terjadi pada sahabat baik aku sendiri membuatkan hati bertambah cuak. keyakinan yang dibina selama ini semakin tipis. dia ditinggalkan setelah janji ditabur. janji untuk membina mahligai bersama. janji untuk menjadikan sahabat aku sebagai suri hidupnya. akhirnya janji hanya tinggal janji. harapan musnah dalam sekelip mata bila sahabat aku mendapat khabar bahawa dia sudah jumpa someone yang lain dan nak jadikan someone tu istri dia. Ya Allah walaupun pedih ketentuan itu, sahabat aku terima dengan hati terbuka. kita harus ingat langit tak selalunya cerah. dan kita harus terima hukum hidup bahawa adanya kegagalan dan kejayaan.


"Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu harus berjaya semata-mata ! "




~sekian~



No comments:

Post a Comment