>

Thursday, 20 June 2013

ALLAH LEBIH TAHU


Jodoh, pertemuan, maut dan segala-galanya di tangan Allah. dalam setiap perhubungan pastinya kita akan mengharapkan hubungan itu akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. tapi adakah harapan itu akan menjadi realiti atau fantasi semata-mata? pada aku sendiri memang akan harapkan relay aku dengan si dia akan berkekalan sehingga hubungan kami menjadi halal. tapi aku sering tertanya-tanya, adakah betul jodoh aku dengan dia? 

Mendengar kisah yang terjadi pada sahabat baik aku sendiri membuatkan hati bertambah cuak. keyakinan yang dibina selama ini semakin tipis. dia ditinggalkan setelah janji ditabur. janji untuk membina mahligai bersama. janji untuk menjadikan sahabat aku sebagai suri hidupnya. akhirnya janji hanya tinggal janji. harapan musnah dalam sekelip mata bila sahabat aku mendapat khabar bahawa dia sudah jumpa someone yang lain dan nak jadikan someone tu istri dia. Ya Allah walaupun pedih ketentuan itu, sahabat aku terima dengan hati terbuka. kita harus ingat langit tak selalunya cerah. dan kita harus terima hukum hidup bahawa adanya kegagalan dan kejayaan.


"Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu harus berjaya semata-mata ! "




~sekian~



Monday, 17 June 2013

"AKU INGIN BERUBAH"

ASSALAMUALAIKUM

Tak kala melihat perempuan yang berpakaian longgar dan bertudung labuh, diri ini terasa amat malu. malu dengan diri sendiri dan malu dengan orang di sekeliling aku dan yang paling aku malu ialah pada Allah s.w.t. aku tahu menutup aurat itu wajib bagi wanita tapi aku biarkan kewajiban itu. aku buat tak endah. Ya Allah lemahnya iman aku !

Dan terdetiklah di hati aku untuk berpakaian longgar dan menutup aurat, tapi pada setiap kali itu aku rasa tak bersedia. tak bersedia untuk berubah. juga aku takut aku tak dapat istiqomah dalam melakukan hal itu. aku takut aku tak mampu. Ya Allah berdosanya diri ini !

Selama 20 tahun aku hidup sebagai hambaNya, aku tak menutup aurat dengan sempurna. ya aku bertudung tapi apa guna aku bertudung jika berpakaian ketat. seluruh tubuh perempuan adalah aurat. tapi aku tak menutup aurat tapi membalut aurat aku. aku sedar semua ini tapi mengapa sampai sekarang aku tak cuba untuk mengubah semua itu. Ya Allah berikan kekuatan pada aku untuk berubah !

Terkadang aku terpikir aku jadi macam ni mungkin disebabkan faktor keluarga aku yang tak berapa menitikberatkan soal agama. TAPI, aku bukan salah mereka ! aku jadi begini sebab iman aku tak kuat. mudah tergoda dengan keadaan sekeliling yang menghanyutkan aku sendiri. aku nak berubah. Ya Allah kuatkan iman aku !

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA"

Pada malam ini aku tekad. tekad untuk berubah secara perlahan-lahan. aku tahu aku tak mampu untuk berubah dalam sekelip mata. tapi aku akan cuba. semoga Allah memberikan kekuatan iman kepada aku. :')





Sunday, 16 June 2013

"PELENGKAP HIDUPKU"


Malam-malam dengar lagu ni boleh tetibe menangis sorang diri. :')


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari


Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia







Saturday, 15 June 2013

"HATI IBARAT BATU"



"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan"
 (surah Al-Baqarah: 74). 


Ayat ini berkaitan dengan ayat sebelum dan sesudahnya. Allah menjelaskan melalui firman-Nya di atas, bahwa sesudah bani Israel dilimpahi berbagai macam tanda kebesaran Allah, mereka menjadi umat yang kejam dan kasar, tidak punya perasaan halus. Jiwa mereka ibarat batu, bahkan lebih keras lagi sehingga tidak mampu lagi diberi pelajaran (Tafsir An-Nur Jilid 1). Tetapi, pada hakikatnya ayat di atas ditunjukkan kepada manusia yang menolak kebenaran Ilahi, padahal ia sudah melihat dan mengenal kebenaran itu.

Ayat di atas juga suatu puisi yang sangat indah mengenai hati manusia. Tuhan menyamakan hati mereka dengan batu, tidak dengan logam-logam keras, adalah karena logam bisa mencair jika dipanaskan, sedangkan batu tidak akan mencair walaupun dibakar. Inilah inti pesan Allah, "Bahkan (hati mereka) lebih keras lagi (dari batu)." Lalu benda apakah yang lebih keras dari logam dan batu. "Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya" ertinya batu masih membawa faedah kerana dia dapat memancarkan sungai, sedangkan hati yang keras tidak dapat memancarkan faedah apa-apa (Tafsir Al Azhar Jilid 1).

Hati manusia dapat dibahagi kepada tiga jenis.
1)hati yang mati; iaitu hati yang lalai dan tidak pernah mengingat Allah.
2)hati yang sakit; iaitu hati yang sedang bermasalah kerana sedikit mengingat Allah dan kerap melakukan maksiat. Keadaan hati ini lebih baik daripada hati yang mati. Hati masih tersimpan kerinduan untuk kembali pada-Nya, sedangkan hati yang mati telah terkunci rapat.
3)hati yang sihat; iaitu hati yang hidup dan bercahaya kerana sentiasa berzikir pada Allah, menjauhi larangan-Nya, dan menjalankan perintah-Nya. "Dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh karena takut kepada Allah".

Ini sudah membuktikan bahwa seluruh makhluk Allah, termasuk benda mati sekalipun, berzikir menyebut asma Allah. Maka, ketika batu pun bisa menangis menyebut asma-Nya yang Agung, mengapa hati manusia tidak?



Wednesday, 12 June 2013

"STUDENT LIFE"

Sebagai seorang mahasiswi, aku harus korbankan masa. masa tidur, masa lepak, masa main game. terutama pada saat-saat akhir untuk menghadapi peperiksaan akhir pada setiap semester. masa yang paling berharga ialah malam sebelum exam. sebabnya malam tulah kalut-kalut nak revision untuk kali terakhir. so, ramai la yang jadi burung hantu termasuklah aku. ^_^



Bagi aku malam sebelum exam barulah aku nak start study. then kalut la banyak benda kena hafal. rase menyesal sesangat tak study awal-awal. tapi masalahnya bila study awal-awal aku akan lupa balik apa yang aku baca. so, sebab tulah malam sebelum exam baru aku study ! masa last minit camni la rasa kalau exam tangguh wah heaven sangat.

Tapi walau ape sekali pon exam tetap exam. so, kepada semua member-member or those yang tengah exam sekarang ni aku nak ucapkan gudluck. walaupun agak terlewat sikit sebab ada sesetengah yang dah nak abis. tak kisah la kan yang penting wish. ALL THE BEST UOLLS!!




Tuesday, 11 June 2013

"SYUKUR ALHAMDULILLAH"

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah. segala puji-pujian hanya pada-Mu ya Allah. hari ini adalah satu hari yang sangat menggembirakan bagi aku. apa yang aku mahukan selama ini aku dapat ! matlamat yang dari dulu aku impikan untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun akhirnya menjadi realiti hari ini. tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan rasa syukur yang teramat kepada Allah kerana telah mengabulkan doa aku selama ini. Allah maha mendengar !

"Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
 (Surah al Haj : 61)



jadi, buat masa sekarang aku harus fokus untuk menjawab peperiksaan akhir yang akan bermula esok.  walau dalam kegembiraan, aku perlu belajar dan terus belajar untuk mendapat kecermerlangan kerana tiada kejayaan yang tidak memerlukan usaha. semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.



Sunday, 9 June 2013

"ANDAI LELAKI TAHU"

Kami sebagai wanita mahu lelaki tahu apa yang kami lakukan bersebab yang konkrit. ^_^

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.





credit to: https://www.facebook.com/LittleAleesyaBlog?ref=stream



~TERIMA KASIH~

Friday, 7 June 2013

"LANGIT TAK SELAU CERAH MENDUNG BUKAN SELAMANYA"



Langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya. selepas malam, adanya siang. selepas ujian dan dugaan, pastinya ada kebaikan yang menanti. selepas musibah melanda, insha Allah dengan izin dan kurniaNya akan turunnya rahmat kepada kita.

“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”

apa yang penting kita haruslah bersabar dengan setiap ujian yang datang. jangan mudah berputus asa dan harus yakin kita mampu mengatasi ujian tersebut kerana Allah tidak akan memberi ujian melebihi kemampuan hamba-Nya. 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kunci yang paling utama ialah sabar.
terkadang jiwa dan emosi terganggu dek kerana ujian yang mendatang. terasa hidup amat susah untuk dijalani. lupa sudah kenikmatan yang pernah diperoleh sebelumnya. secara lumrah kita hanya mahukan kehidupan yang sentiasa senang tanpa sebarang masalah. tetapi hakikatnya bumi mana tidak ditimpa hujan. langit mana yang selalu cerah.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita ataupun mahu menguji sejauh mana keimanan kita. dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan berputus asa dalam kehidupan. ujian juga yang mematangkan kita.

"Alihkan pandanganmu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia di dalamya. begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. jiak rasa kecewa, alihkan pandanganmu kearah sungai, aornya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"


sekian~



Tuesday, 4 June 2013

SAHABAT SELAMANYA

assalamualaikum semua :-)
"SAHABAT" indahnya dunia bila dikelilingi sahabat sejati, yang sentiasa menyokong apa jua yang baik tentang diri kita. yang selalu berdiri di sisi kita sewaktu senang, susah, gembira, sedih, jatuh dan bangun kita. mencari kawan amatlah senang, tetapi tak semua kawan akan bersama ketika sewaktu kita susah.

"bila kita berjaya kawan kita kenal siapa kita, bila kita jatuh kita kenal siapa kawan kita"

Bila munculnya sahabat sejati dikala kita dilanda 1001 masalah dan dugaan, dia ada untuk menasihati, memberi semangat, dan membuatkan kita senyum walau pelbagai masalah yang melanda kita. mereka cuba untuk mengatakan bahawa kita mampu menempuh cabaran yang menimpa serta sanggup menghulurkan tangan untuk menghadapi masalah bersama. 




Tapi kekadang terfikir sejenak dalam kita mencari sahabat yang sejati, adakah kita sendiri telah menjadi sahabat sejati untuk sahabat kita? dalam kita mencari teman untuk berkongsi duka, adakah kita pernah berkongsi duka sahabat kita? pernahkah kita bertanya masalah sahabat kita? pernahkah kita bersama-sama sahabat kita untuk mengharungi masalah dan dugaan mereka? pernahkah? muhasabahlah diri kita terlebih dahulu.

" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. ” (Hadis riwayat Muslim)hh


Jadi sebelum kita cuba mendapatkan sahabat yang sejati kita perlulah terlebih dahulu menjadi sahabat sejati untuk sahabat kita. aku sendiri masih belum mampu untuk menjadi sahabat sejati yang selalu ada ketika suka duka teman-teman di sekelilingi aku. tapi yang aku pasti aku telah menjumpai sahabat sejati. aku sedar aku dikelilingi sahabat-sahabat yang baik. yang selalu meembantu aku. yang selalu menasihati aku. yang selalu ada mendengar rintihan dan masalah aku. 




syira dan syifa
kami mula berkenalan semasa aku menuntu di Kolej Matrikulasi Perlis.sehingga ke hari ini alhamdulillah kami masih berhubung. tapi akibat kekangan masa kami dah lama tak jumpa. i miss you guys deeply much ! :
'(


Eyfa Amir
sahabat aku yang teramat la cantik dan lemah lembut. aku kenal dia kat UKM. ni lah teman tempat aku berkongsi suka dan duka aku sekarang. terima kasih sahabat ! :')



 Kak M, Kak Mira, Farah
sahabat aku di UKM. mereka selalu ada bersama aku ketika aku gembira dan sedih. tempat aku luahkan perasaan. semoga ukhwah kita berkekalan selamanya. seriously aku sayang mereka sangat. :-*


Hendak mencari kawan amatlah mudah tapi dalam seribu hanya satu yang boleh dianggap sebagai sahabat sejati. kepada sahabat-sahabat aku lagu ni ditujukan khas buat kamu semua





"Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Kerana persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya"





Monday, 3 June 2013

Mencintai Dalam Diam

assalamualaikum dan salam sejahtera.

melihat pada title entry kali ni, mesti semua terfikir aku ade suka kat seseorang dalam diam ke? ohh no.. aku da ade relay. and aku sayang pakwe aku. seriously tak tipu. ;-) entry ni aku buat khas untuk member aku yang sukakan seseorang dalam diam. tak perlu rasenye aku mention name die kat sini but kalau dia bace entry ni mesti dia tau aku tulis pasal dia. :-) pada mulanya aku ingat dia just main-main je suke kat mamat ni. tapi lama-kelamaan jadi serious plak. sampai die hari-hari duk stalk facebook mamat tu even diorang tak friend. aku pelik tengok member aku ni. 

so, aku terpikir macam mane cara nak tolong member aku ni. aku pon add facebook mamat tu then dia approved aku ! member punyer la sedih. then, aku suggest member kat mamat tu nak bagi mamat tu add member aku. seminggu lepas tu mamat tu add member aku. ya Allah member aku ni tak payah cakap la happy giler dia. sejak dari tu hari-hari dia tengok profile mamat tu. and yang paling worse kalau mamat tu like status dia, member aku ni akan print screen notification yang ade like mamat tu ! memang parah la member aku. tapi satu jer aku respect, bila dia mula suka kat mamat tu aku nampak perubahan apa dia. for example, kalau nak pakai tudung mesti dia nak yang labuh sikit dari dulu and sekarang selalu pakai baju kurung pergi kelas even takde presentation. salute !!



kata-kata ni khas buatmu sahabat :-)

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .
.

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari duniatetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasanKerana 
tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won¡¯t touch her.
Not even the slightest bit.
You¡¯ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡± 
(HR. Al-Hakim)





Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..amen ya Rabb..