>

Tuesday, 4 June 2013

SAHABAT SELAMANYA

assalamualaikum semua :-)
"SAHABAT" indahnya dunia bila dikelilingi sahabat sejati, yang sentiasa menyokong apa jua yang baik tentang diri kita. yang selalu berdiri di sisi kita sewaktu senang, susah, gembira, sedih, jatuh dan bangun kita. mencari kawan amatlah senang, tetapi tak semua kawan akan bersama ketika sewaktu kita susah.

"bila kita berjaya kawan kita kenal siapa kita, bila kita jatuh kita kenal siapa kawan kita"

Bila munculnya sahabat sejati dikala kita dilanda 1001 masalah dan dugaan, dia ada untuk menasihati, memberi semangat, dan membuatkan kita senyum walau pelbagai masalah yang melanda kita. mereka cuba untuk mengatakan bahawa kita mampu menempuh cabaran yang menimpa serta sanggup menghulurkan tangan untuk menghadapi masalah bersama. 




Tapi kekadang terfikir sejenak dalam kita mencari sahabat yang sejati, adakah kita sendiri telah menjadi sahabat sejati untuk sahabat kita? dalam kita mencari teman untuk berkongsi duka, adakah kita pernah berkongsi duka sahabat kita? pernahkah kita bertanya masalah sahabat kita? pernahkah kita bersama-sama sahabat kita untuk mengharungi masalah dan dugaan mereka? pernahkah? muhasabahlah diri kita terlebih dahulu.

" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. ” (Hadis riwayat Muslim)hh


Jadi sebelum kita cuba mendapatkan sahabat yang sejati kita perlulah terlebih dahulu menjadi sahabat sejati untuk sahabat kita. aku sendiri masih belum mampu untuk menjadi sahabat sejati yang selalu ada ketika suka duka teman-teman di sekelilingi aku. tapi yang aku pasti aku telah menjumpai sahabat sejati. aku sedar aku dikelilingi sahabat-sahabat yang baik. yang selalu meembantu aku. yang selalu menasihati aku. yang selalu ada mendengar rintihan dan masalah aku. 




syira dan syifa
kami mula berkenalan semasa aku menuntu di Kolej Matrikulasi Perlis.sehingga ke hari ini alhamdulillah kami masih berhubung. tapi akibat kekangan masa kami dah lama tak jumpa. i miss you guys deeply much ! :
'(


Eyfa Amir
sahabat aku yang teramat la cantik dan lemah lembut. aku kenal dia kat UKM. ni lah teman tempat aku berkongsi suka dan duka aku sekarang. terima kasih sahabat ! :')



 Kak M, Kak Mira, Farah
sahabat aku di UKM. mereka selalu ada bersama aku ketika aku gembira dan sedih. tempat aku luahkan perasaan. semoga ukhwah kita berkekalan selamanya. seriously aku sayang mereka sangat. :-*


Hendak mencari kawan amatlah mudah tapi dalam seribu hanya satu yang boleh dianggap sebagai sahabat sejati. kepada sahabat-sahabat aku lagu ni ditujukan khas buat kamu semua





"Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Kerana persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya"





No comments:

Post a Comment