
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah. segala puji-pujian hanya pada-Mu ya Allah. hari ini adalah satu hari yang sangat menggembirakan bagi aku. apa yang aku mahukan selama ini aku dapat ! matlamat yang dari dulu aku impikan untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun akhirnya menjadi realiti hari ini. tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan rasa syukur yang teramat kepada Allah kerana telah mengabulkan doa aku selama ini. Allah maha mendengar !
"Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
(Surah al Haj : 61)
jadi, buat masa sekarang aku harus fokus untuk menjawab peperiksaan akhir yang akan bermula esok. walau dalam kegembiraan, aku perlu belajar dan terus belajar untuk mendapat kecermerlangan kerana tiada kejayaan yang tidak memerlukan usaha. semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.




me shafaniey



No comments:
Post a Comment