Langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya. selepas malam, adanya siang. selepas ujian dan dugaan, pastinya ada kebaikan yang menanti. selepas musibah melanda, insha Allah dengan izin dan kurniaNya akan turunnya rahmat kepada kita.
“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”
apa yang penting kita haruslah bersabar dengan setiap ujian yang datang. jangan mudah berputus asa dan harus yakin kita mampu mengatasi ujian tersebut kerana Allah tidak akan memberi ujian melebihi kemampuan hamba-Nya.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Kunci yang paling utama ialah sabar.
terkadang jiwa dan emosi terganggu dek kerana ujian yang mendatang. terasa hidup amat susah untuk dijalani. lupa sudah kenikmatan yang pernah diperoleh sebelumnya. secara lumrah kita hanya mahukan kehidupan yang sentiasa senang tanpa sebarang masalah. tetapi hakikatnya bumi mana tidak ditimpa hujan. langit mana yang selalu cerah.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita ataupun mahu menguji sejauh mana keimanan kita. dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan berputus asa dalam kehidupan. ujian juga yang mematangkan kita.
"Alihkan pandanganmu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia di dalamya. begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. jiak rasa kecewa, alihkan pandanganmu kearah sungai, aornya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"

sekian~

me shafaniey

No comments:
Post a Comment